May 24, 2013

Wanita Solehah...Ingatlah!



“Duhai wanita solehah,tidak perlulah merendahkan maruah anda semata–mata untuk ‘menarik perhatian’ lelaki kerana ada seorang insan yang sangat istimewa telah dijanjikan oleh Allah untuk anda. Cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan”

:…Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun akan berhilir hanya kepada Allah…: 

~Cik Fafai~


Feb 7, 2013

Mr Future Zauj



Warkah buat bakal imamku,


Assalamualaikum…
Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku..
Kerana aku akan mendidik bakal-bakal zuriatmu kelak..
Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini..
Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita, tetapi aku menjaga dalamanku..
Supaya keredhaan ALLAH selalu bersamaku walaupun aku terluka..
Andai engkau bakal menjadi imam pada solat malamku..
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama..
Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini..
Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH terhadapmu.. :’)

Sep 22, 2011

~basikaL atuk~


Sedekad yang lalu…..

Masa tu bila fafai nak pergi sekolah naik basikal je…basikal tulah segala-galanya waktu tu. Sekarang semuanya dah berubah…zaman maju lah katakan, orang pergi sekolah sekarang semua berhantar..berambil…untungnya lah (lagi untung kan kalau orang ade kakak n abang?) hhmmm…

……………………………………………………………………………………………..............

Masa sekolah rendah~

Kalau tak silap sejak darjah 3 fafai dah mula naik basikal sendiri pergi sekolah…(sekolah agama & kebangsaan)…waktu tu basikal mane de glamor2 mcam budak2 sekarang…basikal biasa2 je..tu pun arwah atuk yang buatkan untuk cucu2 nya basikal sorang satu, “terima kasih atuk” suka tak terkata..walaupun ia hanya basikal buruk, tapi tinggi nilainya buat seorang kanak2 kecil seperti ku… 

lebih kurang mcm nilah basikalnya~

……………………………………………………………………………………………..............


Ingat satu ketika dulu bila nak pergi sekolah time hujan2 memang sangatlah susah! Bak kata orang macam ‘ayam berak kapur’ je…apekah? Semuanya sebab malas nak pergi sekolah lah tu..haha dengan macam2 alasan fafai bagi kat my mum…’ana rase mcm nak demam je’… pernah jugak satu masa tu berdoa…”ya allah turunkanlah hujan lebat2” hahahaha…kalau ingat2 balik memang kelakar sangat….boleh plak mintak doa mcm tu? Last2 bukan hujan lebat….hujan makin reda, terus panas…..



Bukan ape, kalau pergi sekolah hujan2 nanti kasut basah, baju kotor, beg + buku2 lagi….so untuk mengelakkan dibasahi hujan, fafai pergi sekolah bungkus kasut dengan plastik(alamak malunya) masa tu malu sangat dengan kawan2….mane tak nya, sebelah kaki plastik wane merah, sebelah kaki plastik wane oren….beg sekolah bungkus dengan plastik wane itam… baju hujan wane biru (Colorful sungguh) wuaaaaa….. 

……………………………………………………………………………………………..............

Andai masa boleh diputarkan kembali, inginku kembali ke zaman itu ya allah..namun semua itu mustahil terjadi. Ape yang pasti ia adalah kenangan yang terindah buatku….aku gembira! Ya, pengalaman telah mengajarku erti kedewasaan….. 





Terima kasih basikal….sebab telah banyak berjasa padaku satu ketika dahulu……
 
Copyright @ All Right Reserved to Ms Foxtrot Sierra