Semoga Aku......
"Aku tetap 'Tertawa' walau aku di 'Hina'..
"Aku tetap 'Tersenyum' walau hatiku 'Terguris'..
"Aku tetap 'Kuat' walau aku dalam 'Ujian dan 'Dugaan'..
"Aku tetap 'Semangat' walau aku 'Tertekan' oleh 'Kesakitan' yang 'Ku Alami'..
"Namun yang 'Terpenting' aku tetap 'Sabar'..
"Dan 'Memandang' semua ini adalah 'Ujian' dan akan mendatangkan 'Kebaikan' saja..
"Aku tetap 'Tertawa' walau aku di 'Hina'..
"Aku tetap 'Tersenyum' walau hatiku 'Terguris'..
"Aku tetap 'Kuat' walau aku dalam 'Ujian dan 'Dugaan'..
"Aku tetap 'Semangat' walau aku 'Tertekan' oleh 'Kesakitan' yang 'Ku Alami'..
"Namun yang 'Terpenting' aku tetap 'Sabar'..
"Dan 'Memandang' semua ini adalah 'Ujian' dan akan mendatangkan 'Kebaikan' saja..
Walau
siapa pun kita, sekuat mana pun kita, sebijak mana pun kita, ada ketikanya kita
lemah juga dan waktu itu kita perlukan seseorang untuk menyokong kita….hidup
umpama roda adakala diatas adakalanya dibawah..adakalanya tidak perlulah
berbangga sangat dengan apa yang kita ada..besederhana dalam segala hal itu
lebih menyenangkan..usah riak dengan apa yang kita peroleh,kerana itu cuma pinjaman
dariNya buat kita…
Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa
mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh
menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah.. Bukan untuk
menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk hatinya yang lara bahawa
keyakinannya, kepercayaannya dan takdir hidupnya semuanya dalam genggaman yang
Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Seharusnya kau perlu belajar SENYUM bila ada
yang menyakitimu, belajar BANGUN tika ada yang memusnahkan harapanmu, belajar
menjadi KUAT tika ada yang menjatuhkanmu…
Tidak
MUDAH untuk tersenyum disaat hati sedang menangis dan teriris.
Tapi
akan terasa INDAH ketika
kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih sayang Allah agar Allah
memberikan kebaikan
atas kesabaran ketika ada yang menyakiti kita...
Tidak
MUDAH untuk bangkit dalam keadaan yang amat sukar.
Tapi
akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa kita
dengan cintaNya Agar kita menjadi lebih optimis dan kuat...
Tidak MUDAH
untuk memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan.
Tapi
akan terasa INDAH ketika kita mampu membahagiakan orang lain,bukan membahagiakan diri
sendiri...
Tidak
MUDAH untuk memaafkan ketika kita dibenci dan di hina.
Tapi
akan terasa INDAH kalau kita mengetahui itu adalah sebahagian dari penyucian diri dan
ikhlas hanya kerana mengharap redha dari Allah...
Tidak
MUDAH untuk melupakan masa lalu yang menyakitkan.
Tapi
akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh untuk memperolehi kebahagiaan
yang akan diberikan Allah suatu saat nanti sebagai penggantinya...
Tidak
MUDAH untuk menghilangkan duka kerana kehilangan.
Tapi
akan terasa INDAH ketika menyedari
bahawa Allah telah meminjamkannnya
kepada kita beberapa saat saja...
Tidak
MUDAH untuk menghadapi penderitaan dan dugaan yang terus menyapa.
Tapi
akan terasa INDAH
ketika kita mempunyai kesabaran dan rasa syukur serta menyedari itu sebahagian dari cara Allah
menyayangi hambaNya...
"Andai diri ini tidak pernah sedetik pun membahagiakan
kamu,dan hanya mengundang kesusahan buat kamu, berdoalah supaya Allah ambil kembali saya dari kamu... Setiap apa yang
Allah kurniakan itu adalah anugerah, dan Allah hanya meminjamkanNya sahaja buat kamu...jika
ia tidak dihargai..maka suatu hari nanti, percayalah Allah pasti akan mengambil kembali anugerah itu dari kamu..."
::::Bersabarlah wahai hati 'Cik Yang Memperolehi Kegembiraan'...percayalah pasti akan hadir sesuatu yang benar membuat kamu lebih bahagia suatu hari nanti...tabahkan hatimu untuk itu::::
6 comments:
bersabarlah... :)
Terima kasih En Firdaus...
In shaa ALLAH :")
:) sedih kot :(
semoga sentiasa diberi ketabahan dlm mengharungi dugaan hidup..
@kacang buncis...
hati menangis disaat bibir mengukir senyuman...
@ejulz
terima kasih...mohon yang terbaik akan sentiasa bersama... :'(
Post a Comment