Jul 28, 2011

DIA PEMALU?!

 NAFAS KU:::NAFASMU:::NAFAS KITA




Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).



 
Berdoalah sentiasa padaNya...
"Sesungguhnya Allah itu maha malu dan maha mulia. Dia malu apabila hambaNya mengangkat kedua tangannya berdoa kepadaNya, lalu Dia membalas kedua tangan itu dengan dengan tangan kosong dan kegagalan"

Doa kita pasti akan termakbul...bezanya cuma cepat atau lambat sahaja...
Syukran ya allahu ya rabbi..


Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita!

Jul 27, 2011

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?


::: PELIK....KENAPA YEA? :::
 


Kalau perempuan nak mulakan hidup berumah tangga salah satu ciri yang diperlukan...mestilah kena mahir memasak...betul kan? sape sokong? huhu. tapi pelik tak bila lelaki, takde pula ade orang nak pertikaikan...sebab setahu fafai seorang lelaki yang sudah bersedia untuk berumah tangga wajiblah menjadi IMAM dalam keluarganya....but then semua tu dipandang rendah je..betul ke? tak penting ke? sedangkan kalau perempuan bukan maen dipertikaikan kalau tak tahu memasak....betul ke tak tu terpulanglah dengan pendapat masing2.....

artikel ni fafai jumpa masa jalan2 kat SINI.... saje nak kongsi pendapat dan pandangan dengan semua..
bila fafai tanya dengan incik gula hati...dia kata, mungkin orang kita sekarang lebih mementingkan Adat dan Tradisi daripada Tuntutan Agama itu sendiri.....wallahua'alam....

  
Artikel yang boleh dikongsikan bersama...

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.


Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki???


***Renung-renungkanlah***

Jul 26, 2011

PART OF MY LOVE!







::: MY LOVE : MY STORY : MY LIFE :::
::: MY HAPPINESS :::


Setiap buku mempunyai keistimewaan, kenangan dan kisah di sebaliknya...




RELEVANKAH AKU DIHATIMU?

Moga pilihan ini tidak tersalah...aku mohon petunjuk dariMu ya rabbul izzati...
mohon dijadikan dia yang terbaik buatku...biar kami bersama selamanya...




AKU TERIMA NIKAHNYA!

"Andai cinta ingin dibawa ke syurga,
kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?"

MURABBI CINTA



BERCINTA SAMPAI KE SYURGA

"tidakkah pelik jika ada pasangan yang bercinta
tetapi tidak terfikir untuk bersama selama-lamanya"

Ya allah..kau kurniakanlah kami nikmat cinta sampai ke syurga.....



KERANAMU AKU CEMBURU

cemburu memang sudah menjadi lumrah dalam hidup setiap insan, 
kata orang...cemburu tanda sayang, tapi masih perlu ada batasnya..
kawal lah ia sebaik-baiknya!

(ehem.....betul ke fafai kuat cemburu, hehe dia je tahu sape saya)



The Best Ever Novel!

Penyejuk jiwa...penawar duka lara....peneman dikala sunyi
Itu lah satu2nya pengubat segala penyakit.

Moga kita semua mendapat syafaat dariNya.....


 
Copyright @ All Right Reserved to Ms Foxtrot Sierra