Jun 11, 2013

Andai kau tahu apa hatiku...


Semoga Aku......
"Aku tetap 'Tertawa' walau aku di 'Hina'..
"Aku tetap 'Tersenyum' walau hatiku 'Terguris'..
"Aku tetap 'Kuat' walau aku dalam 'Ujian dan 'Dugaan'..
"Aku tetap 'Semangat' walau aku 'Tertekan' oleh 'Kesakitan' yang 'Ku Alami'..
"Namun yang 'Terpenting' aku tetap 'Sabar'..
"Dan 'Memandang' semua ini adalah 'Ujian' dan akan mendatangkan 'Kebaikan' saja..

Walau siapa pun kita, sekuat mana pun kita, sebijak mana pun kita, ada ketikanya kita lemah juga dan waktu itu kita perlukan seseorang untuk menyokong kita….hidup umpama roda adakala diatas adakalanya dibawah..adakalanya tidak perlulah berbangga sangat dengan apa yang kita ada..besederhana dalam segala hal itu lebih menyenangkan..usah riak dengan apa yang kita peroleh,kerana itu cuma pinjaman dariNya buat kita…

Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah.. Bukan untuk menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk hatinya yang lara bahawa keyakinannya, kepercayaannya dan takdir hidupnya semuanya dalam genggaman yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Seharusnya kau perlu belajar SENYUM bila ada yang menyakitimu, belajar BANGUN tika ada yang memusnahkan harapanmu, belajar menjadi KUAT tika ada yang menjatuhkanmu…

Tidak MUDAH untuk tersenyum disaat hati sedang menangis dan teriris.
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih sayang Allah agar Allah memberikan kebaikan atas kesabaran ketika ada yang menyakiti kita...
Tidak MUDAH untuk bangkit dalam keadaan yang amat sukar.
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa kita dengan cintaNya Agar kita menjadi lebih optimis dan kuat...
Tidak MUDAH untuk memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan.
Tapi akan terasa INDAH ketika kita mampu membahagiakan orang lain,bukan membahagiakan diri sendiri...
Tidak MUDAH untuk memaafkan ketika kita dibenci dan di hina.
Tapi akan terasa INDAH kalau kita mengetahui itu adalah sebahagian dari penyucian diri dan ikhlas hanya kerana mengharap redha dari Allah...
Tidak MUDAH untuk melupakan masa lalu yang menyakitkan.
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh untuk memperolehi kebahagiaan yang akan diberikan Allah suatu saat nanti sebagai penggantinya...
Tidak MUDAH untuk menghilangkan duka kerana kehilangan.
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari bahawa Allah telah meminjamkannnya kepada kita beberapa saat saja...
Tidak MUDAH untuk menghadapi penderitaan dan dugaan yang terus menyapa.
Tapi akan terasa INDAH ketika kita mempunyai kesabaran dan rasa syukur serta menyedari itu sebahagian dari cara Allah menyayangi hambaNya...


"Andai diri ini tidak pernah sedetik pun membahagiakan kamu,dan hanya mengundang kesusahan buat kamu, berdoalah supaya Allah ambil kembali saya dari kamu... Setiap apa yang Allah kurniakan itu adalah anugerah, dan Allah hanya meminjamkanNya sahaja buat kamu...jika ia tidak dihargai..maka suatu hari nanti, percayalah Allah pasti akan mengambil kembali anugerah itu dari kamu..." 

::::Bersabarlah wahai hati 'Cik Yang Memperolehi Kegembiraan'...percayalah pasti akan hadir sesuatu yang benar membuat kamu lebih bahagia suatu hari nanti...tabahkan hatimu untuk itu::::

Jun 6, 2013

Segmen Wedding Doodle Mij


" Di renjis renjis di pilis 
Di tepungi lah tawar 
Hai beras kunyit di tabur 
Disiram si air mawar"

Opsss!! Terlebih sudah....aiishhhh fafai berangan la tu??!! (^_~) 

Anyway nak ucap tahniah dekat Cik Puan MIJ atas perkahwinan beliau. Rasa macam dah terlambat nak join contest yang dianjurkan, tapi takpelah..just for fun....sambil mengisi masa lapang and mengupdate entry dekat blog fafai yang da lama bersarang ni...

  • Bincangkan 5 perkara yang menarik dalam majlis perkahwinan yang anda pernah pergi atau pernah lihat (**kalau ada gambar lagi bagus sertakan)

5 perkara unik dan menarik yang pernah fafai tengok dalam majlis2 perkahwinan??? Actually majlis semua orang pun unik, masing2 ada cara tersendiri untuk mengabdikan 'moment' perkahwinan mereka. Tapi ade certain2 thing yang buat kita rasa macam unik dan pelik…that’s it~ sumber2 ni banyak didapati drpd pak cik google..and atas pemerhatian B2B disebabkan fafai memang rajin blogwalking…



FIRST…idea guestbook yang sgt2 unik, yang mane benda2 ni simple dan bole DIY… 


Fingerprints Guestbook(bestnye sebab kita boleh main cop2 mcm yang dekat bank tu!!! Eeeee... (^_^)..idea tu mmg nmpak menarik, boleh entertain all the guest yang hadir supaya mereka akan terasa dhargai sebagai tetamu, so that tetamu takdelah bosan sangat nak attend majlis tu...




SECOND…kad kahwin yang unik, orang sekarang ni makin lama makin kreatif dengan idea yang menarik dan juga pelik2...tapi idea mereka2 tu sgt tertarik kot, idea yang jarang dibuat orang..kalau buat research dekat google ni je macam2 jenis kad kahwin yang korang boleh jumpa tau...contohnya kad custom made sendiri macam blogger MIJ kita ni, kad ala2 ticketing (tiket wayang, tiket bola & tiket flight), kad bentuk watikah perutusan diraja, kad bentuk kalender, kipas tangan, disket, CD, sapu tangan, cek, pembungkus coklat, buku latihan sekolah, passport and etc... Amacam??? Da fikir dah untuk yang bakal2 pengantin ni, kad design macam mane menjadi pilihan hati??? 

Bentuk Sapu Tangan

Bentuk CD
Pembungkus Coklat


Gulungan Watikah 

Bentuk Cek

Tiket Perlawanan Bola Sepak

Bentuk Disket

Bentuk Buku Latihan Sekolah (Mesti Cikgu punya wedding ni ^_^)

Bentuk Kipas Tangan

Bentuk Passport & Tiket Flight


THIRD…pelamin DIY. Okay honestly cakap memang fafai suka sangat version pelamin sekarang which orang lebih memilih untuk guna kreativiti and guna teknik DIY, cantik, unik + save budget kot! Apa yang penting, hasil usaha kerja sendiri...tu yang berbaloi,puas hati...bila orang tanya siapa decorate...dengan bangganya...ehem! Sendirilah......




FOURTH doorgift DIY, kalau boleh tu doorgift biarlah yang kita buat sendiri sebab lagi puas hati and mengikut cita rasa, contoh kalau setakat nak buat doorgift berbentuk makanan ni takde masalah kot..lagi2 bila kita sendiri ada bakat untuk itu... Tapi setakat ni, memang sangat terkejut bila dapat tahu apa sebenarnya isi Doorgift MIJ.  Nak guna idea awak tu boleh tak??? Heeheee




**Sumber sesetengah gambar di atas adalah dari pakcik google dan juga hasil tangan  sendiri 


FIFTH Lastly,bagi pendapat fafai sendiri, kalau boleh biarlah majlis tu diadakan secara beserdahana, tanpa ada pembaziran sebab untuk melangkah ke alam perkahwinan ni memang banyak masalah yang akan kita hadapi dari segi pengurusan hal kewangan, jadi besederhanalah kita...apa yang penting keberkatan yang ada dalam majlis itu sendiri. Kalau boleh selitkanlah sedikit unsur2 keislaman seperti mengadakan majlis doa selamat & tahlil, khatam Al-quran, marhaban, alunan lagu2 qasidah dan nasyid daripada persembahan2 yang dikhuatiri akan mengurangkan lagi barakah dalam sesebuah majlis....supaya majlis tersebut mendapat doa dari para malaikat serta akan diberkati olehNya.... Wallahua'alam...



  • Owner Blog MerahItuJambu mesra alam tak?
Honestly cakap memang fafai baru je kenal dgn blogger Cik Puan MIJ ni beberapa bulan yang lepas, start from dat memang I da jatuh hati dekat blog u kottt, auuwww (^_~)….tapi ape yg u all nak tahu, I memang tertarik sgt dengan idea2 n kreativiti Cik Puan MIJ kita ni…idea yg boleh diguna pakai, dikongsi bersama buat bakal2 bride n groom to be kat luar sane. Simple but gorgeous! But ape yang penting u memang superb la Cik Puan MIJ…”Kaulah sumber inspirasiku”..two thumbs up for you dear!!! 

So,dari pemerhatian fafai…tgok cara dia layan feedback blogger2 yg lain,nmpakla kt situ yg u mmg mesra kot,peramah,tak sombong, and paling penting tak kedekut ilmu and idea, tabik spring sikit…nak kasi juta melon bintang for u la, yeayyy!!!…keep it up kakak!

Hope to see a lot more new ideas from you soon…as well as ur superb talent in handcraft and arts…

#Last but not least, to Cik Puan MIJ may Allah bless you in ur happy marriage and might happiness be with you and ur love one,forever till jannah...in shaa Allah. Barakallahum Fik....
         

May 24, 2013

Wanita Solehah...Ingatlah!



“Duhai wanita solehah,tidak perlulah merendahkan maruah anda semata–mata untuk ‘menarik perhatian’ lelaki kerana ada seorang insan yang sangat istimewa telah dijanjikan oleh Allah untuk anda. Cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan”

:…Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun akan berhilir hanya kepada Allah…: 

~Cik Fafai~


 
Copyright @ All Right Reserved to Ms Foxtrot Sierra