Sep 22, 2011

~basikaL atuk~


Sedekad yang lalu…..

Masa tu bila fafai nak pergi sekolah naik basikal je…basikal tulah segala-galanya waktu tu. Sekarang semuanya dah berubah…zaman maju lah katakan, orang pergi sekolah sekarang semua berhantar..berambil…untungnya lah (lagi untung kan kalau orang ade kakak n abang?) hhmmm…

……………………………………………………………………………………………..............

Masa sekolah rendah~

Kalau tak silap sejak darjah 3 fafai dah mula naik basikal sendiri pergi sekolah…(sekolah agama & kebangsaan)…waktu tu basikal mane de glamor2 mcam budak2 sekarang…basikal biasa2 je..tu pun arwah atuk yang buatkan untuk cucu2 nya basikal sorang satu, “terima kasih atuk” suka tak terkata..walaupun ia hanya basikal buruk, tapi tinggi nilainya buat seorang kanak2 kecil seperti ku… 

lebih kurang mcm nilah basikalnya~

……………………………………………………………………………………………..............


Ingat satu ketika dulu bila nak pergi sekolah time hujan2 memang sangatlah susah! Bak kata orang macam ‘ayam berak kapur’ je…apekah? Semuanya sebab malas nak pergi sekolah lah tu..haha dengan macam2 alasan fafai bagi kat my mum…’ana rase mcm nak demam je’… pernah jugak satu masa tu berdoa…”ya allah turunkanlah hujan lebat2” hahahaha…kalau ingat2 balik memang kelakar sangat….boleh plak mintak doa mcm tu? Last2 bukan hujan lebat….hujan makin reda, terus panas…..



Bukan ape, kalau pergi sekolah hujan2 nanti kasut basah, baju kotor, beg + buku2 lagi….so untuk mengelakkan dibasahi hujan, fafai pergi sekolah bungkus kasut dengan plastik(alamak malunya) masa tu malu sangat dengan kawan2….mane tak nya, sebelah kaki plastik wane merah, sebelah kaki plastik wane oren….beg sekolah bungkus dengan plastik wane itam… baju hujan wane biru (Colorful sungguh) wuaaaaa….. 

……………………………………………………………………………………………..............

Andai masa boleh diputarkan kembali, inginku kembali ke zaman itu ya allah..namun semua itu mustahil terjadi. Ape yang pasti ia adalah kenangan yang terindah buatku….aku gembira! Ya, pengalaman telah mengajarku erti kedewasaan….. 





Terima kasih basikal….sebab telah banyak berjasa padaku satu ketika dahulu……

Sep 3, 2011

RAYA :::::PART DUA:::::

BERAYA DENGAN CARS~

On the 3rd day of hari raya…
Waktu semua orang sedang sibuk menziarahi saudara mara mereka
Laen pula agendanya bagi kami
Bersama dengan sepupu2 fafai…
We all dah plan untuk pergi beraya at “TGV”
What the??? Haha…anak2 muda skrg la ktakan…
Nak buat mcm mane…
Mmg tahun ni raye tak semeriah dulu…
Tanpa atuk & nenek….
“wahai perantau2 di kota,
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat  mengharapkan
Kepulanganmu di hari bahgia”

::::: Rindu suasana raya dulu tme atuk & nenek ade :::::
Moga mereka ditempatkan di kalangan orang2 beriman~

……………………………………………………………………………………………

Tiba2 rase sedih hiba plak..
Alryte2, back to our story..
Disebabkan we all semua susah sgt nak gather
That’s why we are planning to hangout sme2..
Saje nak spent tme dgn spupu2..
Maklumlah, masing2 da besar..
Blajar jauh2….huhu

……………………………………………………………………………………………

Ktorang just p jalan2 (window shopping),
Beli buku baru karya pn roza roslan (travelog impian abadi….best!!!)
Tgk movie cerita “cars” (sbb yaya la ni we all kne tgk cter animation) haha..
Plus….the most interesting thing is dat… “sizzling mee” aummmm! 

……………………………………………………………………………………........….

So on dat day mmg seronok sgt kowt…
Plus dgn adik2 saudara yg sporting
It’s a moment to remember…










Sweet…I’m happy!
Thanx korang smua!!
Hope next tme kita bole pgi lagi jalan sme2…oke?!
(^_<)
………………………………………………………………………………………………

Sep 1, 2011

RAYA ::::: PART SATU :::::

keiNdaHan beRsaMa~

First of all fafai nak ucapkan,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
Tak kira lah pada sesiapa pn
Especially pada yang baca entry ni.
Seriously cakap raya tahun ni tak rasa ape2 pun
Maklumlah baru2 ni ayah fafai pun sakit, msuk hospital
Bbrape hari b4 raye bru dia blik…hmmm nak buat cmne kn,
Allah lebih mengetahui baek bruk sesuatu

……………………………………………………………………………………………

So kitorang mmg raya ala kadar je,
Ape yang ade..
Kebetulan atuk (sebelah ayah,tulah satu2nya atuk yg ade) braye kat umah,
So disebabkan tu mgkn meriah sikit kot
Plus kakak ayah yg duk kt k.selangor pun braye kat umah kitorang
Alhmdulillah semuanya berjalan lancar
Seronok jgk raye tak g mane2, tapi penat ckit la (mlyan org dtg plak) huhu.

…………………………………………………………………………………………….

Kat bawah ade lah beberapa gambar kenangan raye 2011..
Bukan ape, hanya untuk tatpan di masa akan datang…


Yaya n maksu

girLs

sister!


My mum with aunty

Atuk and yaya

my sweet love

comey yaya snyum!

the heroes!

one happy family at home~

makcik, spupu & anak saudara ku....

kerendahan saya teserlah di situ~lalala~



Akhir kata
SaLam LebaRan buAt semua dan seLamat menyambut hari merdeka!!!

(^_<)

Jul 28, 2011

DIA PEMALU?!

 NAFAS KU:::NAFASMU:::NAFAS KITA




Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).



 
Berdoalah sentiasa padaNya...
"Sesungguhnya Allah itu maha malu dan maha mulia. Dia malu apabila hambaNya mengangkat kedua tangannya berdoa kepadaNya, lalu Dia membalas kedua tangan itu dengan dengan tangan kosong dan kegagalan"

Doa kita pasti akan termakbul...bezanya cuma cepat atau lambat sahaja...
Syukran ya allahu ya rabbi..


Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita!

Jul 27, 2011

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?


::: PELIK....KENAPA YEA? :::
 


Kalau perempuan nak mulakan hidup berumah tangga salah satu ciri yang diperlukan...mestilah kena mahir memasak...betul kan? sape sokong? huhu. tapi pelik tak bila lelaki, takde pula ade orang nak pertikaikan...sebab setahu fafai seorang lelaki yang sudah bersedia untuk berumah tangga wajiblah menjadi IMAM dalam keluarganya....but then semua tu dipandang rendah je..betul ke? tak penting ke? sedangkan kalau perempuan bukan maen dipertikaikan kalau tak tahu memasak....betul ke tak tu terpulanglah dengan pendapat masing2.....

artikel ni fafai jumpa masa jalan2 kat SINI.... saje nak kongsi pendapat dan pandangan dengan semua..
bila fafai tanya dengan incik gula hati...dia kata, mungkin orang kita sekarang lebih mementingkan Adat dan Tradisi daripada Tuntutan Agama itu sendiri.....wallahua'alam....

  
Artikel yang boleh dikongsikan bersama...

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.


Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki???


***Renung-renungkanlah***

Jul 26, 2011

PART OF MY LOVE!







::: MY LOVE : MY STORY : MY LIFE :::
::: MY HAPPINESS :::


Setiap buku mempunyai keistimewaan, kenangan dan kisah di sebaliknya...




RELEVANKAH AKU DIHATIMU?

Moga pilihan ini tidak tersalah...aku mohon petunjuk dariMu ya rabbul izzati...
mohon dijadikan dia yang terbaik buatku...biar kami bersama selamanya...




AKU TERIMA NIKAHNYA!

"Andai cinta ingin dibawa ke syurga,
kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?"

MURABBI CINTA



BERCINTA SAMPAI KE SYURGA

"tidakkah pelik jika ada pasangan yang bercinta
tetapi tidak terfikir untuk bersama selama-lamanya"

Ya allah..kau kurniakanlah kami nikmat cinta sampai ke syurga.....



KERANAMU AKU CEMBURU

cemburu memang sudah menjadi lumrah dalam hidup setiap insan, 
kata orang...cemburu tanda sayang, tapi masih perlu ada batasnya..
kawal lah ia sebaik-baiknya!

(ehem.....betul ke fafai kuat cemburu, hehe dia je tahu sape saya)



The Best Ever Novel!

Penyejuk jiwa...penawar duka lara....peneman dikala sunyi
Itu lah satu2nya pengubat segala penyakit.

Moga kita semua mendapat syafaat dariNya.....


Mar 7, 2011

::::Tahniah sayangku::::


GOOD JOB DEAR!



Kakak n Adik

Saje nak post entry tentang adik fafai…kali ni fafai nak story sikit tentang adik lelaki fai yang sorang ni… name dia Faizal….a.k.a ayish! Ayish ni memang rapat sangat dengan fafai dari kecik dulu smpai lah besa…mungkin sebab jarak umur we all lebih dekat berbanding dengan adik2 yang lain….

Siang tadi fafai dah plan nak kua g bandar sebab ade hal sket but then tiba2 faizal msg fafai sia suruh datang tengok dia bertanding.. BERTANDING APE?


Sebenarnya faizal dapat peluang masuk FINAL DEBAT PIALA SRI WACANA dalam program MITEK (Minggu Terbuka Kolej) dekat UiTM Johor nie…wahhh, Alhamdulillah baguslah sayang,hope u can do ur best~



Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar pada petang tu…Cuma tu lah cuaca sangat dingin disebabkan hujan yang membasahi Bandar segamat ni….tibalah waktu yang ditunggu2,pengumuman pemenang bagi acara debat pada petang tu… menang atau kalah tu adat pertandingan….so I just think yang dia dah buat yang terbaek…wat a talented guys~ that’s it my dear bro~

I’m as ur sister will always pray for ur best dear…if my parents ade tadi pun  mesti dia terharu + bangga tengok anak dia yang sorang ni…I just wish that my parent were here..just dream~ ape2 pun jadikan semua ni sebagai satu langkah untuk jadi yang lebih baek lagi sayang~akak bangga sangat dengan adik akak ni…bukan akak je…if our parents ade tadi tengok sama pun sure dorang rase happy kan…


Last but not least as u all wanna know mase dia umumkan keputusan tu…Alhamdulillah, even hanya dapat tempat untuk naib johan je pun tapi he and his group has perform the best! cayalah~ actually if u all nak taw….adik fafai dapat tiga anugerah sebenarnya.…. bagus tak??? Alhamdulillah…dia dapat anugerah;

1st  Anugerah : NAIB JOHAN DEBAT  


2nd  Anugerah : PENDEBAT TERBAIK AKHIR 


3rd Anugerah : PENDEBAT TERBAIK KESELURUHAN



Antara kawan2 faizal yang turut memberikan sokongan bersama.



 





Wow….cayalah adik fafai! Abang, u’ve done ur best oke~ sure our parents will be proud to have u as their son…me too, happy sangat…even I’m not good as u but then I’m glad to share the happiness with you my dear! Sayang sangat kat adik2 akak….hopefully u all will be the best and much more better than me~

Tengok tu semua nak bolot~haha


Bak kata my mum…ha baguslah tu….masing2 kan ade kelebihan, yang sorang pakar melilit (maklumlah fafai ni kan suke bgaye dengan selendang + lilit2…lalala)…yang sorang pandai berdebat, kalau bercakap langsung tak nak kalah…dia je nak menang, ha eloklah tu…haha apelah my mum ni… ape2 pun we all janji we all akan buat yang terbaek for u my dear mum and dad…. Just pray for us…always~ insyaALLAH… “Ya allah kau lindungilah dan kasihanilah ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami ya allah…jadikanlah kami anak2 yang terbaek buat mereka agar kami dapat membuat mereka merasa bangga dengan kami  ya mohaimin”


GOOD JOB DEAR!


Feb 28, 2011

You beLong with me!


ALAHAI ADIKKU



Sementara ade mase lapang sikit ni fafai rase just wanna take this opportunity to update my blog…..huhu. manyak sangat cerita yang boleh cerita ni..huhu. takpe2..slow2 oke….

Al kisah…fafai sebenarnya ade sorang je adik perempuan…nak dibandingkan umur..memang jauh lah jaraknye…lebih kurang 16 tahun jugaklah…adik2 yang lain semuanya lelaki…so memang susah sangat lah nak sekepala dengan adik2 lelaki  ni.…yelah mane dorang nak layan fafai main masak2 time kcik dulu...sedih2...lame jugak fafai tunggu adik perempuan..alhmdulillah mase umur 16 tahun fafai dapat jugak kawan....suke3!

Nama adik fafai tu “Farah Maziyyah”…atau nama samarannya we all panggil “yaya”… mak nenek sorang ni memang teramatlah petah dalam berkata2..sekali dia bercakap..dah macam orang tua dah…tak padan kecik nya! Alahai adikku…..

Yaya adik Nuna!


Disebabkan yaya ni masa kecik2 nya dulu pelat nak panggil fafai ‘kakak nana’..so dia da bagi fafai satu nama baru….and nama tu melekat sampai sekarang..hampeh! yaya panggil fafai “nuna”….which kalau dilihat dalam bahasa korea… “nuna = kakak”…pandai pulak adik fafai ni…haishhh…kebetulan je, kalau orang tak taw mesti dia pelik..kecik2 dah pandai cakap korea…wakakaka…
Bergaya macam 'nuna'

And kalau korang nak taw…yaya ni memang suka tengok cerita korea…lagi2 kalau heronya hensem..memang la selalu kena bising ngan mama… ‘kakak bukan nak ajar adik nya benda elok2, p ajar dia tengok cerita korea’ hahahahaha…..habislah bila mama dah bising..hihihi

Ape2 pun…fafai memang sayang sangat kat yaya….rindu sangat kat dia bila duk jauh2 ni…bila call dia memang jangan haraplah nak sekejap.. tapi hari tu memang fafai sedih sangat, bukan ape…just touching sket bila yaya kata “Nuna…nanti yaya nak sekolah dekat sekolah bahasa inggeris taw…patu nuna da abis belajar nuna keje ea..ya nak sekolah pandai2 pulak”. Fafai dalam touching2 tu hanya mampu jawab “okay…tapi yaya kena janji dengan nuna…ya belaja pandai3 taw! Janji?!” 

Tapi tulah yang nak dikatakan..pengorbanan seorang kakak tu memang amat besar….terharu bila adik cakap macam tu, harap adik2 fafai semuanya jadi orang yang cemerlang satu hari nanti...kalian sentiasa dalam doaku...if u want to realize the value of a sister..just ask people who don’t have one….so fafai harap kawan2 yang kat luar sana tu hargai lah ape yang u all ade okey…

Sayang dia!

I'll always be here through thick and thin
You can come to me, I'll listen
I'm your friend, I won't push you away
When you need a hug, my arms are wide open
When you need to talk, I have an open ear
Your growing up and getting older
Know that I'm always here, I'm not going anywhere
Wherever you are, I'm there with you
You’re in my heart and my prayers
Just know I'm here, because I truly care
You’re my sister, you mean so much
Don't want to see you hurt or cry
I'll wipe the tears, I'll get rid of your fears
Want to see you grow up and achieve
Just believe, have faith
You can do anything
You’re beautiful inside and out
You’re smart and very talented
You’re many things, but most all, you’re my sister
I believe in you and know that I'll never stop loving you


Having a sister in your life can either be a wonderful or terrible experience, depending on your relationship. If you have an older sister and you are a girl, she can often show you how to navigate the way through some of the more difficult areas of growing up. This is also true if you are a boy. Your older sister can help explain to you how to interact with the opposite sex. Younger sisters are a joy as well. They often worship their older siblings and it can be a nice experience to be admired. Relationships with sisters, like any relationship depend on the people involved.


The importance of a sister

A sister is someone who loves you from the heart,
No matter how much you argue you cannot be drawn apart.
She is a joy that cannot be taken away,
Once she enters your life, she is there to stay.

A friend who helps you through difficult times,
Her comforting words are worth much more than dimes.
A partner who fills your life with laughs and smile,
These memories last for miles and miles.

When she is by your side, the world is filled with life,
When she is not around, your days are full of strife.
A sister is a blessing, who fills your heart with love,
She flies with you in life with the beauty of a dove.

A companion to whom you can express your feelings,
She doesn’t let you get bored at family dealings.
Whether you are having your ups or downs,
She always helps you with a smile and never frowns.

With a sister you cannot have a grudge,
She is as sweet as chocolate and as smooth as fudge.
Having a sister is not just a trend,
It is knowing you can always turn to her, your best friend.

adik-adikku

****Love you guys****


p/s:: untuk slot ni fafai story pasal yaya dulu...next entry bru fafai cerita pasal adik2 yang laen+kerenah yang macam2 oke...huhu
 
Copyright @ All Right Reserved to Ms Foxtrot Sierra