Update entry for 13 February 2011.
NikmaT Mu
:::: Misi bantuan bencana banjir (MBBB) ::::
MBBB |
Kalau semalam seharian dah dapat consultation from our beauty consult, untuk hari tu pula tugas fafai ialah menjadi sukarelawan bagi misi UiTM membantu mangsa bencana banjir….
:::We have to get some experience in order to understand and to be grateful in our life… pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang sebenar:::
Pagi tu after breakfast, kitorang pun memulakan perjalanan ke “kampung sermin” seperti yang telah ditetapkan untuk kami nergotong-royong bersama bagi membantu penduduk kampung tersebut meringankan beban mereka. “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” hanya ALLAH yang dapat membalas segala jasa baik yang telah kita lakukan.
Mudah2an hidup kita akan dipermudahkan serta mendapat keberkatan dariNya~
Untuk pagi tu kami telah ditugaskan untuk mengemaskan ‘masjid kampung sermin’….kami sekumpulan melakukan kerja dengan bersungguh2…walaupun penat tapi kepuasan tetap terpancar di wajah kami kerana dapat membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
Add caption |
Masjid Kampung Sermin |
oUr team!!! |
Setelah berhempas pulas melakukan kerja bersama-sama para pelajar yang lain kami pun bergerak ke sebuah lagi rumah mangsa banjir di kampung tersebut… Kali ni lebih teruk…sebab rumah ‘mak cik’ tersebut hampir keseluruhannya ditenggalami air…dan ape yang lebih teruk lagi mak cik dan pak cik tersebut serta mereka berada di dalam keadaan yang uzur dan tidak mendapat melakukan kerja2 pembersihan tanpa bantuan…
pinggan mangkuk yang berlumpur |
Pakaian yang perlu dibasuh menggunakan tangan |
Bergambar dengan tuan rumah |
Masa ni barulah fafai sedar betapa besar nya nikmat kesenangan yang ALLAH dah berikan pada kita..Cuma kadang-kadang tu kita sebagai hambanya lalai…bersyukurlah dengan setiap kesenangan yang telah dikurniakan olehNya. Mungkin satu hari nanti kita juga akan diuji dengan musibah yang tak dapat kita jangka….
Thanx to all of you atas kerjasama yang telah diberikan. seronok dapat berkenalan dengan kawan baru + dapat bekerjasama dengan baik + pengalaman yang sungguh bermakna!
“ya allah…jangan biarkan kami sesekali lalai untuk terus beribadah kepadamu ya mohaimin…mudah2an segala2nya dipermudahkan buat kami…sesungguhnya kami tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganMu”
No comments:
Post a Comment